Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-44 Tahun 2025 Persatuan Badminton Perlis (PsBA) telah berlangsung di Hotel Putra Regency, Kangar pada hari Sabtu, 19 April 2025 jam 2.30 petang.
Turut hadir wakil dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Majlis Sukan Negeri Perlis.
Pemilihan jawatankuasa baharu juga telah diadakan bagi sesi 2025-2029. Mesyuarat tamat pada jam 4.00 petang dan diakhiri dengan sidang media oleh Presiden Persatuan Badminton Perlis.