by Harian Metro
Kuala Lumpur: Gugup berhadapan lawan yang mempunyai reputasi besar menyebabkan pemain perseorangan lelaki kebangsaan, Leong Jun Hao tersungkur pada penampilan sulung di Seluruh England.
Pemain yang berada di kedudukan ke-24 dunia itu terpaksa menelan kepahitan selepas tumpas di tangan juara bertahan dari Indonesia, Jonatan Christie 11-21, 19-21, dalam pertembungan di Utilita Arena Birmingham, semalam.
Kekalahan itu menyaksikan Jun Hao gagal mengulangi kejayaannya menumbangkan Jonatan ketika aksi separuh akhir Masters Kumamoto di Jepun, November tahun lalu.
Walaupun kecewa, Jun Hao berkata, kekalahan itu sebagai pengajaran buat dirinya bagi meningkatkan prestasi dan permainannya.
Recent Comments