Alhamdulillah, satu pencapaian bermakna buat Persatuan Badminton Perlis apabila FELET International Holding Berhad bersetuju menjadi rakan penaja kelengkapan peralatan sukan badminton bagi semua pemain di bawah Persatuan Badminton Perlis. Kontrak penajaan ini dimeterai untuk tempoh 4 tahun + 2 tahun atas persetujuan bersama.Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Presiden PsBA atas usaha gigih merealisasikan penajaan strategik ini.
Semoga pemain Perlis terus memberikan persembahan terbaik, berdaya saing dan berintegriti tinggi dalam setiap cabaran pertandingan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Recent Comments