Kuala Lumpur: Prestasi luar biasa beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah di temasya Sukan Komanwel Birmingham yang lalu memberi sinar harapan buat peminat badminton negara untuk melihat mereka melakar sejarah menjadi beregu wanita pertama negara menghadiahkan pingat di Kejohanan Dunia Badminton Dunia di Tokyo, Jepun yang akan bermula esok.
Namun skrip perjalanan di Kejohanan Dunia itu tidak sama seperti di Birmingham yang mana cabarannya juga berbeza.
Kehadiran jaguh dari China, Korea dan Jepun juga memperlihatkan bahawa laluan yang bakal ditempuhi pasangan negara itu cukup berliku untuk meraih pingat pertama negara dalam acara itu.
Pearly-Thinaah dijadualkan berdepan dua pasangan kelompok lima terbaik dunia iaitu beregu nombor lima, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun dan pasangan Korea Selatan, Kong Hee Yong-Kim So Yeong yang juga gandingan nombor empat dunia jika mereka layak ke pusingan ketiga dan suku akhir.
“Saya harap mereka dapat mengharungi perlawanan dengan prestasi yang terbaik dan nikmati aksi mereka di Tokyo.
“Untuk mereka di Tokyo ini, saya biarkan mereka menikmati saja permainan, Saya tidak mahu berikan tekanan atau sasaran,” katanya.
Pearly-Thinaah diharapkan dapat membawa momentum kejayaan selepas meraih dua pingat emas di Komanwel menerusi acara individu dan berpasukan.
Sebagai rekod, Malaysia tidak pernah memenangi pingat dalam acara beregu wanita pada Kejohanan Dunia sebelum ini.
Mereka yang mendapat bye di pusingan pertama akan membuka tirai kempen menentang pemenang perlawanan antara rakan senegara, Valeree Siow-Low Yeen Yuan atau Treesa Jolly-Gayatri Gopichand dari India di pusingan kedua.
Pearly-Thinaah bagaimanapun berjaya menewaskan Treesa-Gayatri dua kali di Birmingham
Menyedari akan hal itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky hanya mahu kedua-dua pemain negara itu memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan yang akan diharungi.
Recent Comments