Text by PsBA Staff
Pada 30 Mac 2022, barisan tertinggi PsBA mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Menteri Besar Perlis di pejabat rasmi Kompleks DUN Perlis. Presiden PsBA En A’amar memberi makluman berkenaan Perlis akan menjadi tuan rumah Kejohanan Badminton International Junior Challenge 2023. Kejohanan akan berlangsung pada 6-11 September 2023 di Dewan 2020. Dijangka seramai 500 orang pemain dari serata dunia akan menyertai siri jelajah remaja dunia ini.