Pada 6 MAC 2024 PsBA berjaya menjalankan mesyuarat Agung tahunan kali ke-43 bagi tahun 2024. Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK, Ahli gabungan daripada KRC dan NLBC. Terima kasih juga kepada EX Officio PsBA – JBS,JPN dan MSN Perlis turut hadir. Semua AJK dan perwakilan yang hadir menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden PsBA untuk terus mengemudi PsBA sepanjang penggal pentadbiran beliau. PsBA menolak keras sebarang gangguan luar yang cuba menggugat kestabilan pentadbiran PsBA. PsBA akan terus berusaha menghasilkan pemain yang berkualiti dan berkolaborasi dengan mana- mana pihak yang sudi membantu PsBA dalam usaha ini.